Demo Blog

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Generasi masa kini kurang hayati erti kemerdekaan

by Akikazu on Nov.22, 2009, under

Penghayatan kemerdekaan generasi masa kini kurang memberangsangkan disebabkan faktor tidak memahami fakta sejarah terutama yang terkandung dalam Perlembagaan Kemerdekaan.

:Ahli Jawatankuasa Persatuan Bekas Polis Negeri Terengganu, Abd Kahar Hamzah berkata, faktor itu juga menyebabkan ramai dalam kalangan generasi baru mudah terpengaruh dengan individu yang cuba menyeleweng dan mengubah fakta sejarah sebenar kerana atas dasar kepentingan peribadi semata-mata.

:“Jika kita lihat hari ini, ramai generasi yang lahir selepas merdeka sukar untuk menghayati erti ‘kemerdekaan’ dan kebiasaannya, sambutan dilakukan setiap Ogos kurang mencapai matlamat.

:“Kita akui, mungkin agak sukar bagi generasi baru ini mendalami dan memahami erti perjuangan kemerdekaan kerana mereka tidak merasai serta melihat sendiri bagaimana perit serta getirnya pejuang terdahulu berjuang untuk mempertahankan bangsa dan agama,” katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Makan Malam dan Bicara Merdeka di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai.

:Justeru, menurut Abd Kahar, peranan pihak berkenaan dalam usaha memberi pendedahan semula sejarah perjuangan terdahulu oleh wira negara perlu diperbanyakkan agar sedikit sebanyak dapat membuka ‘minda’ generasi muda yang mungkin sebelum ini tidak tahu apa berlaku sebelum dan semasa kemerdekaan di tanah air tercinta ini.

:Sementara itu, mengulas mengenai majlis diadakan itu, Abd Kahar berkata, ia dianjurkan Persatuan Bekas Polis Negeri Terengganu, bertujuan memberi peluang kepada generasi baru berkongsi pengalaman bersama pejuang negara yang pernah berkhidmat sebelum dan semasa kemerdekaan.

:“Ini adalah usaha persatuan kami untuk memberi kesedaran dan gambaran sebenar semangat perjuangan dalam diri perwira kita ini yang terlalu banyak berkorban memperjuangkan tanah air, bangsa serta agama.

:“Mungkin melalui perkongsian pengalaman bersama perajurit berpengalaman ini menjadi perangsang kepada generasi muda untuk terus berjuang memenuhi pengisian kemerdekaan hari ini terutamanya dalam aspek perjuangan budaya,” katanya.

:Menurut Abd Kahar, generasi muda diharap dapat berjuang untuk melakukan perubahan budaya agar seiring dengan negara maju lain.

:“Jika generasi dahulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan, apa salahnya generasi hari ini yang bertuah kerana lahir dalam kehidupan serba sempurna berjuang untuk mempertahankan dan memastikan budaya kita selama ini seiring negara maju lain terutama berkaitan aspek kebersihan, menepati masa serta usaha menuntut ilmu pengetahuan,” katanya.
0 comments more...

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Akikazue.blogspot.com. Powered by Blogger.

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!